Quantcast
Channel: Faizal Fredley » Motivation
Viewing all articles
Browse latest Browse all 6

Kelebihan dan Amalan Malam Nisfu Syaaban

$
0
0

saaban1

Kelebihan dan Amalan Malam Nisfu Syaaban. Secara tak sedar nisfu syaaban kembali lagi. terasa baru sahaja nisfu syaaban yang lepas meninggalkan kita. begitu cepat bumi berputar namun kita ini masih lagi hanyut dengan godaan dunia. 

InshaAllah jika panjang umur bertemu lagi kita di malam nisfu syaaban yang jatuh pada 15 Syaaban. Antara amalan yang biasa di lakukan di pada nisfu syaaban adalah berpuasa. 

Pada mlm Nisfu Syaaban,amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.

Pengertian am Nisfu Syaaban dlm bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Mlm Nisfu Syaaban adalah mlm 15 Syaaban iaitu siangnya 14hb Syaaban.

Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar. 

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu sebagaimana yg tersebut dlm sebuah Hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & berSolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda selesai solat, Baginda berkata kpd Aisyah r.a. 

“Mlm ini adalah mlm Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pd mlm Nisfu Syaaban & memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat (membuat amal makhruf & nafi munkar) & melambatkan rahmat & keampunan terhadap org2 yg dengki.”

Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dgn buku catatan yg baru. Catatan pertama yg akan dicatatkan dibuku yg baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi s.a.w. menggalakkan umatnya utk bangun mlm & berjaga serta beriktikaf sepanjang mlm kerana tidak mahu amalan diangkat dlm keadaan tidur atau lalai. [SUMBER]

Kelebihan puasa Syaaban & malam Nisfu Syaaban

Berikut aku kongsikan sedikit  Kelebihan puasa Syaaban & malam Nisfu Syaaban daripada beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran. [SUMBER]

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

The post Kelebihan dan Amalan Malam Nisfu Syaaban appeared first on Faizal Fredley.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 6

Latest Images

Trending Articles





Latest Images